Hadis yang diriwayatkan daripada Anas R.A, beliau berkata:
Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah
اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“ Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka. ”
Riwayat al-Bukhari (6389) dan Muslim (7016)
Dalam hadis yang turut diriwayatkan oleh Anas R.A, beliau berkata:
Adalah Rasulullah SAW selalu mengucapkan
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك
“ Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu. ”
Riwayat Imam Ahmad (12107), al-Tirmizi (2140), al-Baihaqi
dalam Syu’ab al-Iman (757) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (1261)