WaktuSolat.My

Jadilah Orang Pertama & Paling Akhir Di Sejadah

Jadilah Orang Pertama & Paling Akhir Di Sejadah

Jadilah Orang Pertama & Paling Akhir Di Sejadah

Saya ambil pesan-pesan ini daripada ibu ayah, guru dan juga mereka yang telah melalui puluhan tahun dalam rumahtangga.

1. Kalau kalian lelaki, jadilah orang pertama yang ada di sejadah, dan orang yang paling akhir meninggalkan sejadah.

Kalau sebagai lelaki, ayah, dan suami, kita paling lewat solat, percayalah anak isteri akan lebih teruk lagi.

2. Berusaha paling kuat, jangan lupa yang memberikan tenaga dan upaya adalah Allah. Maka, jika sudah penat, sudah tak larat, cakaplah dengan Tuhan,

"Wahai Allah, kalaulah bukan kerana Engkau, sebab apa aku buat semua ini?"

3. Ingatkan anak isteri, ketakukan kita kepada Allah akan membuatkan kita menjadi orang yang berani berhadapan dengan dunia. Selalu ingatkan anak isteri selawat, istighfar. Itulah ubat untuk bahagia.

4. al-Quran adalah jantung keluarga. Selawat adalah nadi keluarga. Istighfar adalah kekuatan keluarga. Buka Youtube, ayat-ayat Allah dulu. Kelas mengaji online pun banyak. Masuklah kalau terlalu sibuk. Ada masalah, istighfar banyak-banyak.

Menghadapi 2024 ini kita tidak apa yang Tuhan susun dan jadualkan.

Yang penting, tetaplah bersama.

Keluarga adalah tempat dan syurga kita.

Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita sebagai suami isteri, ibu ayah yang tidak sempurna.

Yang masih tidak mampu membawa keluarga menuju Allah.

Lalu, kita takkan terputus lagi denganNya.

Untuk 2024 dan seterusnya. Amin.

Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.

Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.

Abu Hurairah Resources
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494