WaktuSolat.My

Kalau Kita Susah Nak Sembahyang...

Kalau Kita Susah Nak Sembahyang...

Sebagai suami,

Kalau kita susah nak sembahyang,

Maka kita akan lebih susah nak ajak anak isteri juga sembahyang.

Maka, sebelum ajak anak isteri sembahyang, kita lah dulu yang bersusah-susah nak sembahyang.

Tengah tengok tv, kita dulu ke bilik air, ambil wudhuk, hamparkan sejadah, kemudian,

"Ayah dah siap ni. Jom solat!"

Tengah scroll fb, layan whatsapp, silang kaki, makan megi, kemudian menjerit,

"Kau dah solat belum? Awak tu buat apa lagi? solat belum?"

InsyaAllah,

Solat anak isteri akan jadi terpaksa, bahkan dalam bungkam anak isteri akan berkata di belakang suami dan ayah mereka.

Jadi suami, kita memang kena jadi lebih dari anak isteri.

Lebih hebat, lebih kuat.

Bukan lebih sudu dari kuah.

Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.

Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.

Abu Hurairah Resources
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494