WaktuSolat.My

Nak Untung, Nak Rezeki Banyak, Jaga Solat Subuh Kau

Nak Untung, Nak Rezeki Banyak, Jaga Solat Subuh Kau

Hari tu, sarapan di sebuah kedai makan.

Saya duduk di sebelah seorang pakcik. Dia tegur.

"Dari mana?"

"Saya Rawang. Bawa kawan-kawan jauh ni datang sarapan"

"Oh yeke? Kaki makan nampaknya kamu ni"

Haha! Sambil dia pegang tangan saya.

Kami pun bersembang. Rancak betul sampai dia lupa nak order.

"Pakcik buat apa sekarang?"

"Masih berniaga nak"

"Oh! Niaga apa?"

"Goreng pisang"

"Wah! Steady. Lama dah pakcik niaga?"

"40 tahun lebih"

Allahuakbar! Real betul berniaga. Tak main-main ni sebab berpuluh tahun.

"Ok ke pakcik jual goreng pisang?"

"Alhamdulilah. Selagi kamu bangun awal pagi dan solat subuh, Allah jamin rezeki kamu. Niaga ni jangan tengok berapa kita dapat. Tapi, tengok sembahyang kita ni. Kalau makin untung, subuh lewat, lagi teruk tak subuh, kau berhentilah berniaga. Takut Allah bagi tu tak berkat!"

Allahuakbar! Yang ni saya terdiam.

Diam terus.

Pakcik sambung,

"Buatlah apa pun. Nak untung, nak rezeki banyak, jaga solat subuh kau. Faham?"

Saya ambil tangan dia, dan salam serta cium. Rasa macam sedang bercakap dengan ayah sendiri.

Kalian,

Benarlah. Subuh itu pembuka rezeki.

Oh ya. Pakcik tu berniaga untung sehari RM800-1000.

Allahu.

Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.

Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.

Abu Hurairah Resources
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494