WaktuSolat.My

DOA Wukuf di Arafah

DOA Wukuf di Arafah

DOA Wukuf di Arafah


Keywords: haji arafah wukuf

PENGISIAN DOA SEPANJANG 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH:


=Bahagian 1 – Pengampunan Dosa=

Mohon ampun ke atas dosa² diri sendiri
Mohon ampun ke atas dosa ibu bapa
Mohon ampun ke atas dosa pasangan
Mohon ampun ke atas dosa anak²
Mohon ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara, adik beradik)
Mohon ampun ke atas dosa guru²/ustaz/ustazah
Mohon ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)


=Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan=

Dianugerahkan rezeki halal, mudah diperolehi dan terlindung dari yg haram
Diberi ketenangan (sakinah) dan kebahagiaan dalam keluarga & rumahtangga
Mohon anak² diperlihara dan dibimbing oleh Allah dalam kehidupan
Mohon rezeki diberkati
Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit
Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk ditanggung
Mohon anak² saling berkasih sayang, bersatu hati & tidak berpecah belah
Mohon orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita kerana Allah
Mohon kejiranan yg baik, sentiasa nasihat menasihati, bantu membantu, saling bersatu hati dalam ketaatan & berpesan dengan kebaikan
Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita


=Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian=

Mohon diakhiri kehidupan dalam kesudahan yg baik (husnul khatimah)
Mohon dijauhkan dari fitnah dunia dan akhirat atas kehidupan yg bakal ditinggalkan
Mohon dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah”
Minta mati sedang dalam beribadah & ketaatan kepada Allah, bukan sebaliknya


=Bahagian 4 – Alam Barzakh=

Jadikan alam kubur nanti seperti taman² syurga
Jangan dijadikan alam kubur dari lubang² api neraka
Sesungguhnya kubur itu gelap (maka terangilah kubur)
Sesungguhnya kubur itu sempit (maka luaskanlah kubur)
Mohon dilapangkan kubur sejauh mata memandang
Mohon direzekikan di dalam kubur nanti bertemankan syafaat al-Quran dan amal soleh


=Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar=

Mohon keselamatan daripada huru-hara di padang mahsyar
Mohon agar memperoleh syafaat Baginda Nabi Muhammad ﷺ dengan izinNya
Mohon agar mendapat perlindungan di bawah naunganNya
Mohon keselamatan dari kesusahan & azab seksa di padang mahsyar
Mohon agar diberikan suratan amal dari tangan kanan, dipadamkan catatan² dosa di dalam kitab amal
Mohon perlindungan dari tersingkap dosa² yg lalu ketika tayangan amalan di akhirat
Tutup dan dilindungi segala aib, dosa dan kesalahan lalu
Mohon diberatkan timbangan amalan kebaikan
Mohon agar tergolong di kalangan mereka yg masuk syurga tanpa hisab
Mohon dapat menikmati air dari telaga Nabi ﷺ, tanda diterima sebagai umat baginda


=Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat=

Mohon dipermudahkan melintasi titian sirat
Terhindar dari terjatuh ke dalam lubang neraka ketika melintasinya
Mohon dipercepatkan melintas titian sirat sepantasnya
Permudahkan perhitungan sesama mukmin atas segala ketidakpuasan hati sesama kami, pada titian terakhir sebelum kami semua diizinkan memasuki syurga


=Bahagian 7 – Masuk Syurga Allah=

Mohon agar diredhai dengan syurga, serta dijauhkan dari neraka
Mohon agar dikurniakan syurga firdaus yg tertinggi
Dianugerahkan dapat berdamping dengan Nabi Muhammad ﷺ
Mohon dapat dihimpunkan bersama seluruh ahli keluarga yg tercinta & insan² tersayang
Mohon kurniaan dapat memandang WajahMu yg Agung, sebagai sebesar² nikmat buat penghuni syurga.
Allahumma aamiin.