WaktuSolat.My

"Solat Di Awal Waktu Atau Akhir Mat?"

"Solat Di Awal Waktu Atau Akhir Mat?"

Bila dah seminggu tiada jualan, saya termenung juga.

Alhamdulillah, ada komisyen saja.

Namun,

Bulan ni alza punya bulanan + roadtax insurance+ maintenance saja RM2800 sebab dah setahun lebih guna.

Menung juga.

Tengah blur tu saya telefon mak dan luahkan. Rasa down juga sebab demam masih ada. Dengan malam tak dapat lena sebab aneera meragam.

Tenang mak tanya,

"Solat di awal waktu atau akhir mat?"

Saya terdiam.

"Pelanggan raikan dan layan tak? Bagi tak free gift hiburkan mereka? Yang susah, tak mampu, terima atau tolak saja permintaan mereka?"

Tanya mak lagi.

"Dah bercakap-cakap dengan Allah? Dah mengadu? Menangis? Meraung? dengan Tuhan?"

Kali ni saya lagi diam. Sunyi terasa seketika.

"Rezeki ni mat, selain usaha, nak kena percaya. Nak percaya tu lebih susah dari usaha. Usaha ni, macam yakin je dapat kan? Nak percaya ni, yakin Allah akan bagi?"

Kalau dekat, mak akan usap belakang saya. Mak akan bagi kekuatan. Mak akan doakan.

Dan,

Tak lama lepas bercakap dengan mak, whatsapp masuk. Laju!

Terus selesai 8 pembelian laptop hari ni.

Terduduk terus.

Benarlah.

Bukan soal usaha saja. Soal percaya. Bukan kah Allah yang Maha Baik telah menentukan?

Maka,

Percayamu setakat dan sekadar mana?

Nangis.

Nota: Artikel asal ini ditulis oleh Abu Hurairah Roslan.

Seorang suami, ayah, penulis dan usahawan komputer sepenuh masa.

Abu Hurairah Resources
Lot 2-018A, 2nd Floor Plaza Low Yat KL.
G24 Ground Floor, Plaza Imbi KL.
10.00 pagi – 6.00 petang.
wasap.my/601157511494